Walaupun kita tak rapat tapi biarlah dapat kenal dan tahu ini keluarga, faktor kerja dan berjauhan serta tak kenal ini yang menjadi jauh di hati dan jauh di mata.
Maka untuk menggembalikan semula semangat keluarga ''Apakata sekarang kita kena bergerak mengumpul, memproses dan kita buat satu perjumpaan keluarga'' kata Abdul Aziz kepada saya. ''Abang Zain kena mulakan, tak apalah kita pakat-pakat bantu.''
Pengumpulan salasilah ini tertumpu keturunan dari Haji Hussain dan isteri Arkiah sahaja sebab maklumat ini sahaja yana ada, mungkin masa hadapan akan kita kumpul pula maklumat keluarga abang dan adik-adik Haji Hussain seperti maklumat awal yang kita dapati.
Walau bagaimana pun pengumpulan ini setakat 6 jenerasi yang lahir sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan