http://keluargahajihussain.blogspot.com/

http://keluargahajihussain.blogspot.com/
Powered By Blogger

Sabtu, 9 Julai 2011

SEJARAH PENCETUS

Mereka yang mencetuskan pengumpulan salasilah yang dinamakan Salasilah Keluarga Haji Hussain


  1. Haji. Abd. Aziz Bin Hj. Mohd. Nor
  2. Hajjah Fauziah Binti Mohd. Zaid


     Mengumpul dan memproses maklumat hingga siap.


    1. Nurul 'Ain Binti Haji Mohd. Zain
    2. Azlina Binti Mohd. Izham

    SEJARAH PENCETUS

       Sungutan selalu dilontarkan oleh Abdul Aziz Bin Haji Mohd. Noor mengenai keluarga yang jarang bersua, seperti kita tiada keluarga, masa selalu menghambat kita mengjangkau 60an, ada yang 70an malahan ada yang sudah pergi, kita yang ada kalau tak bertindak sesuatu nanti anak cucu kita tak tahu lagi keturunan dan tak mengenal, dan mungkin akan jadi jurang perbezaan antara keluarga.


       Walaupun kita tak rapat tapi biarlah dapat kenal dan tahu ini keluarga, faktor kerja dan berjauhan serta tak kenal ini yang menjadi jauh di hati dan jauh di mata.


       Maka untuk menggembalikan semula semangat keluarga ''Apakata sekarang kita kena bergerak mengumpul, memproses dan kita buat satu perjumpaan keluarga'' kata Abdul Aziz kepada saya. ''Abang Zain kena mulakan, tak apalah kita pakat-pakat bantu.''


       Pengumpulan salasilah ini tertumpu keturunan dari Haji Hussain dan isteri Arkiah sahaja sebab maklumat ini sahaja yana ada, mungkin masa hadapan akan kita kumpul pula maklumat keluarga abang dan adik-adik Haji Hussain seperti maklumat awal yang kita dapati.


    Walau bagaimana pun pengumpulan ini setakat 6 jenerasi yang lahir sahaja.